Thursday 30 December 2010

A 'Colourbind' St Martin, Tambunan

Roland Ronald:

Lasallian Youth Movement(LYM) Sm St Martin telah membuat lawatan dan kerja amal ke Pusat Pemulihan Komuniti (PPDK) pada 16 Oktober 2010 sebagai salah satu aktiviti sempena LDOPP.

LDOPP dijalankan bagi mendoakan keamanan dunia dan disertai oleh semua pergerakan La Salle di dunia, termasuklah LYM di Sm St Marrtin, Tampasak Tambunan.

PPDK adalah pusat yang menempatkan golongan orang kurang upaya sekitar daerah Tambunan. Ibubapa menghantar anak mereka ke tempat ini, agar didik untuk berdikari dan belajar untuk melakukan kerja-kerja rumah serta menguruskan diri mereka sendiri.

Seramai 15 ahli Lasallian dari LYM dan diiring dengan seorang guru La Salle telah sama-sama menjayakan aktiviti ini. Setibanya kami di sana,rombongan kami disambut oleh Puan Ruth selaku penyelia tempat itu, ibu bapa dan anak-anak mereka. Antara aktiviti yang dijalankan di tempat ini ialah:

Ø Membersihkan halaman PPDK

Ø Mengelap tingkat

Ø Menyapu ruang dalam pusat itu

Ø Membantu masak untuk makan tengah hari

Ø Bermain “games La Salle” bersama warga PPDK

Keriangan dan kegembiraan jelas terpancar di wajah warga PPDK. Setelah melakukan kerja-kerja pembersihan, kami pun berehat sambil meluangkan masa kami dengan bermain dengan mereka. Nampaknya, aktiviti yang dijalankan oleh ahli belia La Salle Sm St Martin telah merapatkan hubungan antara kami dengan mereka di sana.

Tepat pukul 1.00 petang, kami menjamu selera dengan hidangan tengah hari yang disediakan oleh beberapa ahli La Salle dan mereka yang bertugas menyediakan makanan tengah hari untuk warga di situ. Sebelum balik, ahli LYM membantu penyelia pusat itu untuk mengemas dan menyusun tempat tersebut.

Sebagai seorang manusia yang sempurna, janganlah sesekali kita menyisihkan masyarakat yang kurang sempurna dan berlainan bangsa, agama dan bahasa.

Sesungguhnya tema LDOPP pada tahun ini, benar-benar menyedarkan kita bahawa “COLOURBLIND” menuntun kita ke arah kehidupan komuniti yang aman dengan layanan yang sama rata. Ini disebabkan tema ini merupakan satu metafora untuk mengajak masyarakat untuk tidak mengamalkan diskriminasi berdasarkan warna kulit dan ketidak sempurnaan orang lain.

Saya sangat berbangga menjadi seorang lasallian yang dapat menghulurkan tangan untuk membantu mereka yang serba kekurangan.

Darrell Robert:

Pada 20 Oktober 2010, Pergerakan Belia La Salle (LYM) SM. St. Martin, Tambunan, Sabah telah menjalankan aktiviti sempena LDOPP.

Aktiviti ini dimulakan dengan mesej pengenalan LDOPP yang dibacakan oleh Saudari Dana Herman. Mesej ini menyeru kepada semua warga sekolah menjadi buta warna dan bersama-sama menentang unsur rasisme serta merayakan unsur-unsur kepelbagaian di Malaysia. Selain itu, mesej ini juga menyeru agar menghargai dan merayakan kepelbagaian agama, bangsa dan budaya yang ada di negara ini.

Selepas itu, satu “slideshow” telah dijalankan untuk memberikan pengenalan LDOPP kepada seluruh warga sekolah dan menghayati erti sebenar tema aktiviti tersebut. Kebanyakkan daripada pelajar Sm St Martin sangat khusyuk menonton “slideshow” tersebut.


Selepas slideshow selesai, pembacaan doa telah diadakan bermula dengan doa untuk seluruh dunia atau Universal Prayer yang dibacakan oleh saudara Joey clement Henry diikuti oleh doa-doa daripada agama-agama utama di dunia seperti Buddha yang dibacakan oleh saudara Boniface Wong, doa Kristian pula dibacakan oleh saudari Viona Henry dan manakala bacaan doa Muslim yang disampaikan oleh saudara Nazar Shah Anuar.

Aktiviti ini, diakhiri dengan laungan “Lasallian” oleh ahli-ahli Pergerakan Belia La Salle (LYM) Sm St Martin dan diikuti oleh seluruh warag Sm St Martin yang terlibat dalam aktiviti ini.

Ribuan terima kasih dan penghargaan kepada semua ahli yang terlibat dalam menjayakan aktiviti ini dan seluruh warga sekolah atas kerjasama yang diberikan.

Saya sangat bersyukur kerana diberikan peluang yang besar ini untuk melaporkan betapa jayanya aktiviti ini dijalankan pada tahun ini. Semoga aktiviti ini dapat memberikan kesedaran dan dorongan kepada seluruh warga sekolah dalam jangka masa yang panjang kerana ini dapat membantu pelajar Sm St Martin agar tidak bersikap rasisme dalam mengharungi apa jua cabaran pada masa hadapan.





Dana Herman, coordinator for St Martin’s:

Sepanjang pantauan yang saya lakukan, saya dapat melihat bahawa ahli La Salle SMART sanggup meninggalkan kelas peperiksaan mereka untuk menjayakan aktiviti Ldopp ini.

Pada awalnya pengetua sekolah ini tidak mahu ahli La Salle yang terlibat dalam peperiksaan seperti PMR,SPM, dan STPM melibatkan diri dalam program LDOPP.

Namun, ia tidak melemahkan semangat Lasallian mereka. Mereka yang melibatkan diri secara majoriti adalah di kalangan Ting. 5 & 6.


Hal ini telah membuatkan kalangan pendidik sedar bahawa kelab ini bukan sahaja mampu mengubah nasib orang lain tetapi juga telah mencipta satu semangat yang utuh.

Bagi pandangan saya, program Ldopp seperti tahun ini, perlu diteruskan pada setiap tahun kerana aktiviti ini kemungkinan boleh meningkatkan motivasi kepada diri belia La Salle di seluruh Malaysia.

Akhir kata dari saya, saya sangat berbangga kerana mendapat peluang untuk menjadi salah seorang kordinator dalam program yang julung-julung diadakan ini. “Once A Lasallian, Always Be Lasallian”.


5 comments:

Anonymous said...

i miss ST MARTIN TAMBUNAN!!!

fortuneteller said...

Hi lasallian...
On behalf of my mum(Puan Ruth),thanks for your visit ok
live~Lasallian
live~Martinian

Anonymous said...

Hi st. Martin!! how are you? I am a former student there. Can I ask for a favor? can you please post lot more picture of the school here? or anyone have FB that I can see pic of the school?

Anonymous said...

St. Martin gave me lot of memories and that was unforgettable!

Unknown said...

Oh My God...its been a long time since I have send this report!